Eisya melangkah ke dlm kelas barunya itu.Pelajar-pelajar lain mula berceloteh sesama sendiri.Itu sudah menjadi kebiasaan rata-rata pelajar apabila ada pelajar baru yg tidak dikenali ke sekolah mereka.
Eisya mula memperkenalkan diri kepada 39 orang di kelas itu.Masing-masing terutamanya pelajar lelaki melihat Eisya dengan mata-mata nakal.Mungkin ini kerana penampilan serta ciri-ciri fizikal Eisya yg menarik perhatian mereka.Memang benar,Eisya dilihat sebagai seorang perempuan yg berwajah lembut dan mampu mencairkan hati lelaki disekelilingnya.
Sewaktu Eisya berjalan mendekati tempat meja yg telah ditetapkan oleh guru kelasnya, Eisya terpandang seorang pelajar lelaki yg duduk di barisan belakang.Eisya perasan lelaki itu tidak banyak bercakap seperti rakan-rakan yg lain sewaktu Eisya memperkenalkan diri sebentar tadi.Dari pandangan pertamanya,Eisya mula merasakan sesuatu yg berlainan.Perasaannya agak berbeza berbanding kebiasaannya.Mungkinkah ini cinta?
Sebulan berlalu,Eisya sudah dapat membiasakan dirinya dengan kawasan sekolah itu serta mempunyai ramai kawan baru.Ramai yg hendak berkenalan dengannya tidak kira lelaki atau perempuan.Tetapi,rata-ratanya kebanyakan lelaki yg mahu mengenalinya dengan lebih rapat.Setiap hari sewaktu di kelasnya Eisya pasti dikerumun teman-temannya untuk diajak berbual.Namun begitu,hanya salah seorang pelajar sahaja di dalam kelasnya yg tidak berbual dengan mereka semua.Setiap kali diajak berbual,dia lebih senang mendiamkan diri.Namanya Azizi.
Eisya mengetahui namanya daripada salah seorang rakan baiknya , Ain. Azizi memang dari dahulu bersikap begitu.Seorang yg pendiam,tidak banyak bercakap dan tidak bergaul dengan pelajar perempuan.Tetapi perwatakannya yg begitulah membuatkan Eisya tertarik kepadanya.Eisya benar-benar mahu berkenalan dengannya.Hatinya Eisya sudah terpaut kepadanya sejak kali pertama mereka bersua muka.
Kini,khabar angin mengatakan Eisya meminati Azizi secara rahsia sudah tersebar luas.Eisya sudah tidak mampu berselindung lagi kerana kebanyakan pelajar yg sama tingkatan dengannya sudah tahu mengenai gosip tersebut.Eisya yakin Azizi juga tahu mengenai gosip tersebut.Perasaan malu mula menyelubunginya, sudah tentu Eisya malu terhadap Azizi kerana ramai mengatakan bahawa dia suka padanya.Tetapi hakikatnya perkara itu semuanya benar.Memang Eisya suka Azizi.Tetapi dia berharap rahsianya tidak terbongkar.
Tarikh lahir Azizi semakin hampir Eisya sudah bersiap sedia membelikannya hadiah harijadi sebagai tanda persahabatan mereka.Eisya berharap dengan hadiah itu, Azizi akan mula bercakap dengannya.Hadiah itu tidaklah mahal.Biasa-biasa sahaja namun ia memberi makna kepada kerana Eisya membeli hadiah itu sepasang.Satu untuk dirinya, satu lagi untuk Azizi. Apabila hari yg dinantikan sudah tiba kawan-kawan Eisya bersepakat mahu membiarkan Eisya dan Azizi berdua.
Jantung Eisya berdegup kencang.Dia benar-benar malu.Mukanya juga sudah naik merah.Dia malu mahu berhadapan dengan Azizi.Namun,dengan sokongan kawan-kawannya(mereka tidak membiarkan Eisya berdua dengan Azizi pun), Eisya berjaya juga memberi hadiah harijadinya.Ia tidaklah sehebat mana,hanya sekadar keychain yg dibeli sepasang.Azizi hanya mengukir senyuman ketika mendapat hadiah itu manakala Eisya pula menunduk malu.Sebenarnya Azizi tu blurr sedikit dan dikatakan tidak mempunyai perasaan,hahaha.
Dua hari selepas memberikan Azizi hadiah tersebut, Eisya mendapat tahu bahawa Azizi menjual hadiah pemberiannya.Tatkala itu, hati Eisya hancur kerana pemberiannya itu amat bermakna tetapi telah diperlekehkan.Namun Eisya tidak menunjukkan yg dia sedih sebaliknya,dia hanya tersenyum dan mengatakan dia tidak kisah.Padahal, hanya Tuhan yg sahaja yg tahu betapa kecewanya hati Eisya ketika itu.Setiap kali berselisih dengan Azizi, Eisya hanya menunduk.Azizi pula dengan muka tidak bersalah,hahaha.Malah ucapan minta maaf kerana menjual keychain tersebut pun tidak terkata apatah lagi ucapan terima kasih setelah menerima hadiah tersebut.Eisya tetap meneruskan hari-hari seperti biasa dengan ceria walaupun dalam hatinya ada sedikit calar.
Sehinggalah pada hari terakhir persekolahan itu,ibu Eisya mengatakan yg dia perlu ke KL sebaik sahaja Eisya balik daripada sekloah.Eisya terpaksa akur walaupun dia tidak mahu ke KL. Eisya meninggalkan kawasan sekolah lebih awal dari hari biasa.Pada waktu yg sama ,Azizi tercungap-cungap berlari mencari Ain,kawan rapat Eisya,Ain memberitahu bahawa Eisya sudah pulang.Azizi betul-betul terkejut.Dia ingin berjumpa dengan Eisya.Ada sesuatu yg perlu disampaikan kepada Eisya sebelum mereka berpisah.
Dia takut tidak sempat berjumpa dengan Eisya.Sebaik sahaja sampai di depan rumah Eisya, dia dapati kereta Eisya sudah tiada.Bermakna Eisya sudah pergi ke KL.Pada waktu itu , Azizi merasakan hatinya sakit.Bagai dihiris pisau yg tajam. Dia berasa kecewa kerana tidak sempat berjumpa dengan Eisya.Dia menyeluk poketnya ,dikeluarkan kertas.Perlahan-lahan kertas itu dibuka dan dia membaca kembali apa yg ditulisnya di atas kertas itu.
" Aku Suka Kau, Eisya"
Azizi pergi meninggalkan rumah Eisya. Dia membiarkan kertas itu di peti surat rumah dan berlalu pergi denga hati yg kecewa. Pada masa yg sama Eisya dalam perjalanan ke lapangan terbang, tiba-tiba teringatkan Azizi. Dia mengenang kembali dari awal pertemuan mereka sehingga sekarang.Tiada memori indah. Kosong. Dia merasakan jodoh antara mereka berdua tiada.
Pada hari Eisya pulang ke rumah mereka ,Eisya memeriksa peti surat rumahhnya dan mengambil surat yg ditinggalkan Azizi tempoh hari. Eisya terkejut membaca surat itu , tetapi dia bingong . Tiada nama pengirim.Jadi siapa yg menghantar surat itu? Ini menjadi misteri buat Eisya. Eisya mencari buku notanya yg tertulis alamat rakan sekelasnya. Mata Eisya terpaku melihat tulisan Azizi yg sama dengan apa yg tertulis di surat itu.Sungguh sukar untuk dipercayai.Tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. Ain yg menelefonnya dan memberitahunya berita yg amat mengejutkan. Azizi kemalangan.
Eisya bergegas ke hospital yg diberitahu Ain tadi. Dia melawat Azizi tanpa membawa apa-apa buah tangan.Eisya mengetuk pintu bilik di mana Azizi ditetapkan.Sebaik sahaja pintu dibuka, terlihat Azizi sedang terlantar di atas katil dengan tangan dan kaki dibalut.Eisya risau! Dia sedikit panik. Dia cuba bertanya kepada ibu Azizi yg duduk disebelahnya. Dia memberitahu bahawa Azizi dalam keadaan kritikal.Dia mungkin tidak dapat diselamatkan lagi. Saat itu , sekali lagi , hati Eisya terpanah. Dia menangis ketika menghampiri Azizi. Azizi tersenyum lemah melihat Eisya.
Azizi memanggil nama Eisya dengan perlahan.Nafasnya tercungap-cungap lalu tanpa membuang masa, Azizi meluahkan isi hatinya kepada Eisya.
" Aku sukakan kau, Eisya. Tolong..... redhakan aku pergi,"
Sebalik sahaja ucapan itu terluah , Azizi menutup matanya dan tinggallah jasad di atas katil tersebut. Eisya menangis lagi. Dia tahu penantiannya menunggu cintanya dibalas sudah tertunai. Dia masih belum matang untuk menghadapi semua ini lalu Eisya menangis, menangis dan menangis.
Setahun sudah berlalu, Eisya sudah mula dapat menerima takdir.Dia redha dengan pemergian Azizi.Mungkin hikmah disebalik pemergiannya itu, dia sekarang sudah kembali tenang dengan sokongan kawan-kawannya terutama kawan Azizi. Ramai juga yg mencadangkan kawan Azizi menjadi pengganti Azizi. Eisya tahu mereka hanya berjenaka tetapi dia juga tahu , tiada siapa dapat menggantikan tempat Azizi di hatinya.
Karya: Azizi
real story or rekaan? but nice..sad story..like it..
ReplyDeletepurple: not real story...juz rekaan jerr btw thnxx foe like :)
ReplyDeletewow ! nice story . like it . sweet couple & lovely couple ..
ReplyDeletemieyzz: hehe..thnxx yeww!!!.. n_n
ReplyDelete